Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa

Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa 
Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.

Bahasa Inggeris : Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.

Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsur-unsur material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia. 

Kedua-dua Bahasa Tamil dan cina menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.
Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab “maddana, yamuddunu, madinatan” Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw” yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah.

Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Dan Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota.

Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Ia juga bersumberkan wahyu. Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga digunakan oleh Syeikh Muhammad Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir al-Mannar.

Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah ( abad 14M – 19M ).

Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah. M.A.J Beg dalam bukunya The Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam abad 20M. Menurut Dr. Lutfi Ibrahim, hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu.

Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, beradaban dan dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.

Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture, Reneissance, Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab? 

Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture, Urbanization dan Reneissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut.
 

Kumpulan Artikel News Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger