Komponen Program Transformasi Ekonomi

Komponen Program Transformasi Ekonomi
Majlis Penasihat Ekonomi Nasional (MPEN) berbangga memgemukakan laporan ini “Model Baru Ekonomi (MBE) bagi Malaysia – Bahagian Akhir : Langkah–langkah Dasar Strategik” untuk pertimbangan Kerajaan Malaysia. Ahli-ahli Majlis telah mengemukakan pandangan dan cadangan yang luas, dengan sumbangan daripada pelbagai kumpulan kerja yang merangkumi wakil-wakil dari pihak awam dan swasta. Laporan ini mencerminkan persetujuan menyeluruh Majlis terhadap isu-isu utama.

Turutan pengumuman dan pelancaran MBE, Rancangan malaysia Kesepuluh (RMK-10) projek-projek dibawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bajet 2011, diantara Mac dan Oktober 2010,  secara amnya telah diterima baik oleh rakyat. RMK-10, satu rancangan yang berulang meliputi tempoh 2011 -2015, telah mengambilkira kebanyakan cadangan dasar MPEN yang diperlukan oleh Malaysia untuk mencapai matlamat pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Kita menjangka bahawa hala tuju dasar-dasar ini akan diteruskan pada lima tahun akan datang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Sejak pengumuman MBE, persepsi dari dalam dan luar negara telah bertambah baik, dengan mengambilkira komitmen YAB Perdana Menteri untuk mencapai Visi 2020.

PERUBAHAN KONTEKS DALAM PERSAINGAN ANTARABANGSA
Transformasi ekonomi yang diperlukan adalah berdasarkan satu realiti strategik yang mudah. Walaupun Malaysia dikurniakan dengan kekayaan sumber semula jadi, namun ekonominya adalah terlalu kecil untuk bersaing secara langsung dengan ekonomi yang besar. Namun, harus diakui bahawa kemakmuran masa depan Malaysia yang berpanjangan berkait rapat dengan ekonomi global.  Malaysia harus mengeksploitasi kelebihan berbanding yang ada dalam rangkaian pengeluaran global untuk meningkatkan pendapatan dan menambah baik kualiti hidup. Banyak daripada halangan kepada  integrasi secara efektif bagi Malaysia terdiri daripada isu-isu  struktur yang diwarisi serta dasar-dasar yang ketinggalan zaman yang telah dikenalpasti dengan jelasnya dalam MBE.

MPEN mengenalpasti bahawa kemajuan ke arah negara yang maju bergantung kepada kestabilan sosial, suasana keterangkuman dan kesamarataan yang lebih baik, tetapi ini hanya dapat dicapai melalui sistem yang terbuka yang menggalakkan pertumbuhan dan inovasi. Hanya melalui pertumbuhan, sumber-sumber baru akan wujud untuk meneruskan penyusunan semula sosial bagi mencapai keterangkuman dan kemampanan alam sekitar.

Subsidi yang tinggi, yang dibolehkan oleh sumber asli yang ada di Malaysia, telah melindungi kita daripada kesan buruk akibat beberapa kejutan luaran sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ini telah menyebabkan penggunaan sumber asli yang tidak berhemat serta defisit fiskal yang berterusan. Oleh itu, Malaysia mungkin menjadi pengimport tenaga menjelang tahun 2015.

Tambahan lagi, perubahan dalam persekitaran luaran yang pesat telah menjadi lebih mencabar. Semenjak Mac 2010, risiko kejatuhan berganda (double-dip) dalam pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian telah meningkat. Negara-negara pasaran muncul (emerging markets) akan bersaing dengan lebih hebat dan secara langsung dengan Malaysia dalam perdagangan dan mendapatkan pelaburan masuk. Maka, kemajuan Malaysia ke arah taraf pendapatan maju akan berlaku dalam persekitaran ekonomi global yang kurang menggalakkan daripada yang dijangka sebelum ini.

Secara domestik, MBE telah berhadapan dengan tuntutan daripada mereka yang mencurigai perubahan agar dasar perlindungan diteruskan. Namun demikian, masalah yang dihadapi Malaysia bukanlah sekadar sektoral atau berpuak tetapi sebenarnya lebih bersifat nasional dan global. Tanpa mengambil kira isu- isu etnik modal pelaburan dan bakat modal insan sedang mengalir keluar, defisit fiskal sedang meningkat, kadar upah yang tidak berkembang, kadar pengangguran di kalangan siswazah yang bertambah serta prospek pertumbuhan adalah lemah melainkan isu-isu asas yang menghalang kemajuan dapat ditangani.

Malaysia perlu mendepani dua isu asas yang berhubung kait untuk maju ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi, keterangkuman dan mampan menjelang tahun 2020.
  • Malaysia tidak boleh menjadi negara maju tanpa perpaduan dan kestabilan sosial.
  • Kita tidak boleh bersaing di peringkat global jika sistem pendidikan mengeluarkan siswazah dan pekerja yang tidak diperlengkapkan secara teknikal bagi pasaran dunia yang berdaya saing.
Perpaduan dan stabiliti sosial bermakna manfaat daripada pertumbuhan dan kekayaan mestilah dinikmati bersama. Pada masa yang sama, sistem pendidikan harus mengeluarkan siswazah yang dilengkapi kemahiran bagi menghadapi cabaran perubahan dinamik era moden ini dan permintaan dalam kerjaya.

Jika “keadaan baru” (New Normal) adalah ekonomi yang fleksibel, berinovasi dan kreatif serta berdaya saing yang hebat, maka untuk Malaysia mencapai tersebut, negara kita perlu mengeluarkan tenaga kerja dan perusahaan yang mudah berubah, berinovasi dan sentiasa menyesuaikan diri kepada persekitaran yang pesat berubah. Keadaan ini harus diiringi dengan birokrasi kerajaan yang cekap, fleksibel, memudahcara dan membolehkan transformasi ekonomi yang didokong oleh MBE. Struktur, proses, peraturan dan kegiatan kerajaan tersebut harus menjana pembelajaran berterusan dan pemikiran baru untuk menghadapi cabaran mengurus keadaan ketidaktentuan.

Penyelesaian secara inkrimental bagi menangani masalah yang diwarisi serta menghadapi persaingan hebat antarabangsa tidak akan berjaya. Malaysia harus mensasarkan pakej perubahan yang berskala besar (Game Change) yang akan merangsangkan pertumbuhan dan pada masa yang sama menangani isu-isu struktur jangka panjang yang akan mengambil masa untuk diselesaikan.

Pelaburan asing dan keyakinan pelabur domestik bergantung kepada peningkatan daya saing dalam negara. Hala tuju kedepan, walaupun tidak menyenangkan kepada setengah pihak, harus bebas daripada kegiatan merentir yang boleh mengikis ekonomi Malaysia dan menghalang tujuan ke arah masyarakat yang terangkum,berpendapatan tinggi dan mampan.

TRANSFORMASI NASIONAL DAN PTE 
Memandangkan Malaysia mengalami masalah yang bersifat berbilang dimensi, pendekatan yang dipilih oleh YAB Perdana Menteri melibatkan kedua-dua program transformasi kerajaan dan ekonomi sepanjang tempoh dua rangka kerja pembangunan 5 tahun Malaysia (Rajah 1.1)
Rajah 1.1- Transformasi Nasional
  • Pencapaian Visi 2020 hendaklah merangkumi prinsip-prinsip Malaysia–Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bagi menyatu padukan semua rakyat Malaysia.
  • Program Transformasi Kerajaan (PTK) akan menyampaikan hasil yang telah ditakrifkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang memantau pelaksanaan program transformasi ini.
  • Program Transformasi Ekonomi (PTE) akan mengubah Malaysia untuk menjadi sebuah ekonomi yang berpendapatan tinggi, keterangkuman dan mampan. PTE mengandungi dua bahagian: Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) di bawah MBE dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) (Rajah 1.2). Langkah-langkah penting yang mendasari IPS sebagaimana didapati dalam laporan ini, merupakan langkah langkah asas yang kritikal bagi kejayaan NKEA. PEMANDU juga bertanggungjawab menguruskan PTE dan sedang giat berusaha dalam aspek pelaksanaan melalui sesi-sesi makmal yang meluas meliputi semua NKEA, Projek Permulaan (EPP) yang dikenalpasti telah dilancarkan pada hujung Oktober 2010.
  • Landasan untuk menyampaikan tindakan dasar yang terkandung dalam Sepuluh Idea Besar dalam RMK-10 akan disokong oleh tindakan lanjutan dalam RMK-11 menjelang tahun 2020.
Rajah 1.2 - IPS & NKEA

Pada bulan Mac 2010, MPEN telah membentangkan satu perspektif yang terbuka dan realistik mengenai penilaian kedudukan semasa ekonomi Malaysia dan prospek masa depannya. Lapan IPS untuk menggerak transformasi dan pertumbuhan ekonomi telah dikenalpasti dan kejayaan pelaksanaannya adalah bergantung kepada keazaman politik dan sokongan jitu rakyat Malaysia untuk berusaha dan maju bersama ke arah status negara maju.

IPS berkenaan ialah:
1. Menyuburkan kembali sektor swasta
2. Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
4. Mengukuhkan sektor awam.
5. Tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
6. Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
8. Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan 

MPEN mengambil kira usaha dan kajian yang telah dijalankan dalam membangunkan RMK-10 dan Projek Permulaan (EPP) secara implisitnya telah diandaikan bahawa kebanyakan langkah dasar asas dibawah IPS akan diambil pakai dalam pada waktunya. MPEN berhasrat untuk menekankan langkah dasar yang berjalin ini dilaksanakan secara konsisten dan holistik untuk memastikan hasil yang diimpikan dalam RMK-10 dan EPP serta tujuan utama MBE direalisasikan.

Menentukan komposisi serta urutan yang betul bagi langkah-langkah dasar ini adalah kritikal untuk Malaysia melonjak keluar dari perangkap pendapatan sederhana. Laporan MBE ini membahaskan beberapa dasar berkeutamaan tinggi dan isu berjalin utama untuk ditangani secara berdepan dan segera. Keutamaan ini dinyatakan dalam seluruh laporan MBE, yang juga menekankan kepada halangan-halangan utama terhadapa pertumbuhan ekonomi dan transformasi. Laporan ini menyediakan cadangan-cadangan mengenai tindakan dasar yang lebih fokus dan bersepadu.

0 komentar:

Poskan Komentar

 

Kumpulan Artikel News Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger