Pengertian Tamadun Islam Menurut Ahli

Pengertian Tamadun Islam
Perkataan Tamadun merangkumi kebudayaan,peradaban,kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun.Manusia tidak akan dapat mencari satu etika Tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian.

Disini dikemukakan beberapa pentakrifan “Tamadun Islam” oleh sarjana-sarjana Islam seperti;
  • Sayyid Qutb
  • Said hawa
  • Umar Audah ai-Khatib
  • Abu Bakar Hamzah
Sayyid Qutb telah mentakrifkan Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Manakala Said Hawa pula telah mentakrifkanTamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

Umar Audah ai-Khatib pula menyatakan Tamadun Islam ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

Dan Abu Bakar Hamzah mentakrifkan Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sarna ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yang berupa sekala (material).

Ciri-ciri Tamadun Islam
HHHo
Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat diterangkan seperti berikut:
Sumber Tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis (Tajuk ini akan diterangkan dalam tajuk berikut) 
Nilai-nilai Tamadun Islam adalah tetap. Ini bermakna nilai baik dan buruk yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalah berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawa nafsu. 
Sebagai contoh dalam kebudayaan Islam tidak dibenarkan sama sekali minum arak kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat) 

Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksud Tamadun Islam menerima tamadun-Tamadun asing yang telah mencapai kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiah berbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam bahasa Arab. Hasilnya Tamadun Islam telah mencapai kegemilangan pada zaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran al Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu Tamadun Islam memberi sumbangan kepada kemajuan Tamadun lain umpamanya orang-orang Eropah telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan Tamadun Islam di Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah. 

Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilai adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat . NIlai-nilai Tamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagai khalifah Allah. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagai pengurus, pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini. 

Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh itu Tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India, di Selatan Filipina dan sebagainya. 

Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu Tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehingga zaman kini. Dalam hal ini tidak tepat sekiranya Tamadun Islam itu dikatakan hanya berlaku pada zaman Rasul atau zaman pertengahan.

Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira Tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sesuatu ciptaan yang dibuat oleh bukan Islam tetapi di arah oleh pemerintah Islam dikira sebagai Tamadun Islam.
 

Kumpulan Artikel News Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger