Matlamat Tamadun Islam

Matlamat Tamadun Islam
Matlamat Tamadun Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah), Huquq al-’Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia), Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat) Ianya untuk menyempurnakan perhubungan tiga dimensi seperti rajah di bawah.

a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah)
Matlamat Tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadat hanya kepada Allah. Oleh itu sekiranya sesoerang itu melakukan sesuatu ciptaan baru ia bermatlamat untuk mendapat keredaan Allah semata-mata bukan kerana hendak berbangga-bangga dengan perkara yang dihasilkan. 

Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk memikirkan alam ini semata-mata. Ia menyuruh manusia berfikir lebih jauh dari itu, dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung di alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan Penciptanya kerana Dialah (Allah SWT) yang memudahkan dan mengurniakan ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna , tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi segala sumber dalam alam ini.

Hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Hakikatnya, hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada hubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu, hubungan dengan Allah SWT adalah yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni. Hubungan dengan Allah SWT adalah setinggi-tinggi martabat yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci.

Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. Firman Allah SWT bermaksud:

Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(surah Al-Taubah, 9:24)

Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah SWT adalah suatu bentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan. Umpamanya, hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah), serta mematuhi ajaran yang dianjurkanoleh mereka, di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungn perhambaan, kerana para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud 

”Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat (kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel”

b) Huquq al-’Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia)
Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu, sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu usuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq. Iaitu ketakwaan dan ketaatan lepada-Nya, di samping berbuat baik lepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT bermaksud 

“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ahíla yang paling takwa di antara kamu” (surah Al-Hujuraat 49:13) 

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW juga telah memberikan penegasan tentang umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud : 

“Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang ‘Ajam, kecuali kerana takwanya”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan sebaliknya membuka pintunya kepada seluruh Amat manusia di atas bumi ini atas dasar persamaaan yang sempurna dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni. Atas dasar ini, semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Namur begitu, dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam(muslim)dengan orang Islam yang lain dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. Dengan itu, Islam mewajibkan lepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya, di camping terhadap orang Islam sendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam.

Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud ”Orang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah SAW lagi, yang bermaksud: Bandingan orang-orang Mukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidur dan merasa demam(panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dan kasih sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang tinggi. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa Tamadun Islam begit mementingkan hubungan sesama manusia.


Melalui tanggungjawab sebagai khalifah Allah manusia diberi ganjaran yang besar sekiranya ia berkorban masa dan waktu untuk mencipta sesuatu perkara baru yang memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan perisian computer yang baru sudah tentu memudahkan ramai orang untuk menjalankan tugas-tugas mereka.

c) Huquq al-Alam (Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat)
Khalifah Allah bermaksud membangunkan alam, menguruskan alam dan mentadbir Alam. Menjadi tanggungjawab manusia menguruskan alam dengan sebaik-baiknya. Manusia dikehendaki membuat kebajikan kepada manusia. 

Selain daripada memberi sumbangan kepada manusia, menjadi tugas setiap insan membangunkan dengan baik alam sekitar yang meliputi pokok-pokok, binatang cekerawala dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan alam ini Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia…..Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripada perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (al-Rum:41)

Ayat ini menerangkan bahawa kerosakan yang berlaku pada alam ini disebabkan olen perbuatan manusia (seperti membuat pencemaran sungai dan udara). Akibatnya mereka menanggung kesusahan daripada perbuatan jahat tersebut.

Manusia mesti ingat bahawa Allah menjadikan alam untuk kepentingan manusia sejagat. Perkara ini dijelaskan dalam al Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit air, maka ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripadanya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan siang dan ia mendatangkan untuk kamu segala sesuatu yang kamu bermohon daripadanya.” (Ibrahim: 32-34)

Matlamat Tamadun adalah untuk menjaga tiga dimensi perhubungan manusia. hablum mina Allah iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hablum mina al-nas iaitu hubungan manusia dengan manusia dan huquq al alam iaitu hubungan manusia dengan alam.

Islam adalah agama fitrah yang pada asalnya dipunyai dan dimiliki semua manusia dan bersumber daripada Allah SWT. Ia mempunyai tujuan dan matlamat yang telah ditetapkan oleh Pencipta-Nya sendiri, iaitu 

Allah SWT. Justeru, Tamadun Islam juga turut mempunyaib tujuan dan matlamat, kerana sesuatu yang tidak mempunyai matlamat, tujuan atau objektif adalah sesuatu yang tidak bernilai dan bahkan sia-sia semata-mata. Matlamat Tamadun Islam dapatlah diringkaskan seperti berikut:

Ia bermatlamat menyempurnakan manusia secara menyuluruh. Justeru, Islam secara Idealnya, menghendaki dan menetapkan sistem dan peraturan supaya manusia mencari, mencipta, membangun, memajukan diri dan mempergunakan segala-gala yang disediakan oleh Allah SWT dalam alam ini untuk kebaikan dan manfaat semua manusia. Secara realitinya, manusia hanya perlu melaksanakan sistem dan peraturan tersebut dalam pembinaan dan pembentukan Tamadun mereka. Dengan pelaksanaan sistem ini, seluruh kebaikan dan manfaat dalam pencapaian dan kemajuan Tamadun tersebut akan kembali kepada manusia semula secara menyeluruh. Hal ini kerana , matlamat Tamadun Islam adalah segala-galanya daripada Allah SWT, kembali kepada Allah SWT dan untuk Allah SWT selama-lamanya.
 

Kumpulan Artikel News Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger